Otai Komputer
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Otai Komputer

JIKA BERMASALAH DENGAN KOMPUTER ANDA INSYAALLAH OTAI-OTAI KAMI BOLEH MEMBANTU ANDA.
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog inGroup FB

 

 Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin
Admin


Posts : 26
Points : 80
Join date : 08/10/2011
Age : 37
Location : kota tinggi

Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  Empty
PostSubject: Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik    Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  I_icon_minitimeTue Oct 25, 2011 8:45 am

Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  Graphics-card

Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik


Sebab apa komputer perlukan graphic card ataupun dalam bahasa melayunya disebut kad grafik?

Kad grafik diperlukan untuk penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi untuk membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Kad grafik yang sedia ada dalam komputer kita adalah berprestasi rendah dan kurang mampu untuk memproses kerja-kerja tadi dengan baik. Jadi, langkah terbaik kita cari kad grafik yang power untuk dipasangkan ke dalam komputer kita untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dari sebelum ni.


Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  Asus-new-graphic-card

Sebelum kita beli kad grafik, kita mestilah tahu kriteria untuk dapatkan kad grafik yang terbaik. Korang boleh baca cara pilih graphic card/kad grafik terbaik kat bawah ni:


1. Jenis slot untuk kad grafik yang disokong oleh komputer sedia ada sama ada PCI, AGP atau PCI-E. Papan utama yang lama menyokong slot AGP. Bagi papan utama(Motherboard) yang baru, penggunaan slot PCI-E adalah prestasi yang terbaik bagi kad grafik.

2. Tahap resolusi. Ia penting untuk mendapatkan paparan video, gambar dan grafik berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis dan saiz monitor yang digunakan oleh sesebuah komputer.

3. Memori. Kebanyakan kad grafik hari ini mempunyai memori berkapasiti lebih daripada 1 GB. Sekiranya kurang, ia akan mengurangkan prestasi dalam memaparkan sesuatu grafik atau video yang beresolusi tinggi dengan tekstur yang komplek.

4. Sistem penyejukan. Kad grafik yang berkelajuan tinggi akan menjadi cepat panas dan mengeluarkan haba pada kadar yang tinggi. Jadi, ia memerlukan sistem penyejukan tambahan.

5. Kelajuan pemproses(Processor). Pemproses bagi kad grafik dikenali sebagai GPU atau Graphical Processing Unit. Ia juga perlu sepadan dengan jenis CPU yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ini penting untuk menangani segala beban kerja yang diperlukan untuk membina sesuatu grafik bagi paparan di skrin monitor sesebuah komputer.

6. Jenis paparan kad grafik. Jenis paparan atau fail grafik yang disokong oleh kad grafik tersebut sama ada DVI (Digital Visual Interface), VGA (Video Graphic Array), HD (High Defination) atau HDTV (High Defination Television).



Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  Nvidia+graphic+card

Dari segi jenama, terdapat pelbagai syarikat pengeluar yang menghasilkan kad grafik ini seperti ATI, NVIDIA, ASUS, MSI dan lain-lain. Namun begitu, terdapat dua pengeluar utama kad grafik berkualiti tinggi iaitu ATI Technologies Inc. dan NVIDIA. Kad grafik keluaran pihak NVIDIA mempunyai prestasi paparan berkualiti tinggi berbanding kad grafik keluaran pihak ATI.


Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik  Msi-r5770+graphic-card

Tetapi, kad grafik keluaran ATI mempunyai kelebihan kerana lebih stabil dari segi penjimatan tenaga yang digunakan dan pengeluaran haba pada kadar yang rendah. Pada masa kini, syarikat ATI telah dibeli oleh syarikat komputer AMD.

Back to top Go down
https://otai-komputer.forumms.net
 
Cara/Tips/Kaedah Pilih Graphic Card Terbaik
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Otai Komputer :: Hardware & Devices-
Jump to: